Pages

Subscribe:
Premium Blog Templates

Saturday 10 March 2012

Makna Faizi

Salam para pembaca semua...

Dah lama gak x update blog nie..xtvt harian penuh...lg pulak aritu demam. Skang nie tinggal selsema sikit je...
Ntah naper lak tetiba malam nie aku nak carik makna nama aku sendirik...padahal..mmg aku dah lama tau pasal makna nama aku...

Korang penah x carik makna nama korang..?? Tentu penah kan..?? Ye la..nama yg orang tua kita bagi..tentu mempunyai makna yang elok2 kan..

Jadi..nama aku nie..Faizi iaitu nama anak lelaki yang berasal dari perkataan Arab, bermaksud 'yang berjaya'..Alhamdulillah...maksud nama aku mempunyai makna yang baik2..

Dari segi numerologi pula, ia membawa maksud cenderung kepada untuk menjadi seorang yang sangat hangat dan memupuk. Sering dan senang dipercayai serta selalu prihatin terhadap orang lain dengan cuba mewujudkan keperluan dan keharmonian di dalam persekitaran hidup mereka.

Heh..heh...tu la maksud nama aku...sbb tu aku selalu suroh orang panggil nama aku Faizi bila dorang tanya apa nama gelaran aku...korang sume bole la cuba carik makna nama2 korang kat internet...klu ada yang maksud kurang elok tu..jgn la berkecil hati...cuba la perbaiki makna2 nama korang tu...Wassalam....


Wednesday 7 March 2012

Ikan Kerisi Goreng Tepung

Hah..hah..pasti ada yg terliur tgk tajuk posting kali nie...Ari nie aku masak sebab pagi tadi MC...demam...Takde la special sgt...ala2 kampung jer...

Takde idea nak masak apa...cuma goreng ikan jer..ikan kerisi...cuma bezanya..ikan kerisi ni dimasak tepung. Saja nak try. Jom tgk menu masakan sy hari nie..


Crumble Pisang Epal



Bahan-Bahan kerperluan


800g Epal hijau (Granny Smith), dikupas kulit, dibuang empulur dan dihiris
4 biji Pisang ranum, dihiris
1 sudu teh Serbuk kayu manis
2 sudu besar Gula perang halus
1/2 cawan Susu Isian Sejat Marigold




Crumble


225g Tepung gandum, diayak
100g Mentega sejuk, dipotong dadu
80g Gula perang halus
40g Kacang walnut yang dicincang




Cara Penyediaan


1- Aturkan epal hijau di atas periuk dan masukkan gula perang halus dan Susu Isian Sejat Marigold sekali. Masak dengan api perlahan sehingga epal hijau menjadi lembut. Kemudian, masukkan pisang dan tutup api. Biarkan sejuk.
2- Ceduk campuran epal tadi ke dalam cawan-cawan muffin.
3- Sediakan ketuhar dengan suhu 170 darjah celcius.
4- Untuk menyediakan 'crumble', gaulkan mentega sejuk bersama tepung dengan hujung jari sehingga adunan hancur. Tambahkan gula dan kacang walnut yang telah dicincang.
5- Cedukkan 'crumble' ini ke dalam cawan-cawan muffin tadi sehingga penuh. Jangan tekan 'crumble'.
6- Akhirnya, bakar selama 15-20 minit atau sehingga 'crumble' bertukar kekuningan.




Penyediaan 30 minit
Masa 20 minit
Saiz hidangan 16 orang