Pages

Subscribe:
Premium Blog Templates

Saturday 10 March 2012

Makna Faizi

Salam para pembaca semua...

Dah lama gak x update blog nie..xtvt harian penuh...lg pulak aritu demam. Skang nie tinggal selsema sikit je...
Ntah naper lak tetiba malam nie aku nak carik makna nama aku sendirik...padahal..mmg aku dah lama tau pasal makna nama aku...

Korang penah x carik makna nama korang..?? Tentu penah kan..?? Ye la..nama yg orang tua kita bagi..tentu mempunyai makna yang elok2 kan..

Jadi..nama aku nie..Faizi iaitu nama anak lelaki yang berasal dari perkataan Arab, bermaksud 'yang berjaya'..Alhamdulillah...maksud nama aku mempunyai makna yang baik2..

Dari segi numerologi pula, ia membawa maksud cenderung kepada untuk menjadi seorang yang sangat hangat dan memupuk. Sering dan senang dipercayai serta selalu prihatin terhadap orang lain dengan cuba mewujudkan keperluan dan keharmonian di dalam persekitaran hidup mereka.

Heh..heh...tu la maksud nama aku...sbb tu aku selalu suroh orang panggil nama aku Faizi bila dorang tanya apa nama gelaran aku...korang sume bole la cuba carik makna nama2 korang kat internet...klu ada yang maksud kurang elok tu..jgn la berkecil hati...cuba la perbaiki makna2 nama korang tu...Wassalam....


Wednesday 7 March 2012

Ikan Kerisi Goreng Tepung

Hah..hah..pasti ada yg terliur tgk tajuk posting kali nie...Ari nie aku masak sebab pagi tadi MC...demam...Takde la special sgt...ala2 kampung jer...

Takde idea nak masak apa...cuma goreng ikan jer..ikan kerisi...cuma bezanya..ikan kerisi ni dimasak tepung. Saja nak try. Jom tgk menu masakan sy hari nie..


Crumble Pisang Epal



Bahan-Bahan kerperluan


800g Epal hijau (Granny Smith), dikupas kulit, dibuang empulur dan dihiris
4 biji Pisang ranum, dihiris
1 sudu teh Serbuk kayu manis
2 sudu besar Gula perang halus
1/2 cawan Susu Isian Sejat Marigold




Crumble


225g Tepung gandum, diayak
100g Mentega sejuk, dipotong dadu
80g Gula perang halus
40g Kacang walnut yang dicincang




Cara Penyediaan


1- Aturkan epal hijau di atas periuk dan masukkan gula perang halus dan Susu Isian Sejat Marigold sekali. Masak dengan api perlahan sehingga epal hijau menjadi lembut. Kemudian, masukkan pisang dan tutup api. Biarkan sejuk.
2- Ceduk campuran epal tadi ke dalam cawan-cawan muffin.
3- Sediakan ketuhar dengan suhu 170 darjah celcius.
4- Untuk menyediakan 'crumble', gaulkan mentega sejuk bersama tepung dengan hujung jari sehingga adunan hancur. Tambahkan gula dan kacang walnut yang telah dicincang.
5- Cedukkan 'crumble' ini ke dalam cawan-cawan muffin tadi sehingga penuh. Jangan tekan 'crumble'.
6- Akhirnya, bakar selama 15-20 minit atau sehingga 'crumble' bertukar kekuningan.




Penyediaan 30 minit
Masa 20 minit
Saiz hidangan 16 orang

Saturday 25 February 2012

Taman Tasek Pasir Gudang

Salam semua...


Bersua lagi kali ini. Takde apa yang menarik untuk post kali ini. Cuma ingin berkongsi jerr...
Skang nie, bile tiba hari Sabtu atau Ahad, aku akan cuba bawak anak2 aku bersiar2 atau beriadah. Paling tidak pun, aku bawak la gi jalan2 kat Taman Tasek Pasir Gudang. 


Bawak diorang gi main buai ker...jalan2 ker...biar diorang bercampur masyarakat sikit...heh..heh..Tapi..kekadang tu..x best gak bawak gi taman2 nie...ada la jugak masyarakat yang x tau menggunakan tempat2 rekreasi nie dgn baik...Ada jugak yang x tau atau x pandai nak jaga adab semasa berada di taman2 permainan macam nie..!! Pikir la sikit..taman2 nie kan..pengunjungnya dah tentu ibu bapa yang bawa anak2 berjalan2...!! Ni tidak...ada yang x segan silu 'bercengkerama' di bawah lampu minyak tanah..!!


Tapi aku x bawak la anak2 aku bila ternampak orang2 yang macam gitu. Tapi diorang ada gak tanya2..."apa diorang buat tu ayah..??"  Jadi..aku kene la terangkan secara professional...sbb bebudak ni...memacam ada dalam kepala otak diorang..nanti salah tafsir susah lak nak jawab.


Time aku bawak keluar berjalan jer...diorang mmg xcited..sume bende diorang nak main...sampai aku pun  larat nak pantau..!! Kekadang tu sampai x nak balik la pulak...sampai kene pujuk suruh balik la pulak...emmm...bebudak katakan...bila dapat apa yang diorang nak..mmg susah nak suruh lepaskan..


Tapi xper..asalkan diorang happy dan puas...Tapi biasanya..bila dah dekat pukul 7 tu..aku mmg ajak balik la..sbb time aku kecik2 dulu...ayah mmg marah kalau maghrib2 aku x balik...mau dia standby ngan rotan panjang dia tu...!!


Aku seronok bila tgk anak2 aku main2 kat taman mainan tu...Wiza lak pandai jaga adik2 dia bila main2 kat luar...tapi dialah paling xcited skali..!! Suma bende dia ajak adik dia main..


Emm...time aku kecik2 dulu...kurang ada tmpt2 camni...maklumla...aku budak kampung...main sungai jer...tu pun kene perambat kalau bapak aku tau...heh..heh.. Dunia dah berubah...


Nanti aku plan nak bawak bebudak ni gi jenjalan kat pantai lak...mandi laut..!!

Saturday 18 February 2012

CIJB Trip

Salam semua...

Lama gak x update blog nie...maklumla..sibuk cari idea untuk blog-blog yang lain..Lagipun..keje pun byk skang nie...tu yang sibuk sikit..

Ahli2 rombongan Group C
Hah...kali nie nak citer skit la pasal trip yang dianjurkan oleh sykt tmpt aku keje skang nie...sbb tu tajuk kali nie CIJB trip...

CIJB trip nie sebenarnya dianjurkan oleh pihak majikan kami sendiri sebagai menggantikan 'annual dinner'. Bukan apa...asik dinner jer...joget..nyanyi...lawak jenaka...dah common sgt dah agenda tu...Apa salahnya buat lain skit kan...

CIJB trip nie...adalah agenda mesra pekerja yang menjadi agenda pembuka tirai 2012...CIJB trip yang telah dirancangkan pada 28 Jan lalu merupakan suatu trip lawatan dan 'makan angin'...saja jenjalan..asik keje jer kan...

Trip kali ini adalah lawatan ke Desaru Fruit Farm dan juga Muzium Nelayan Tanjung Balau.. Ada sesapa yang dah ke sana ker..?? Klu dah bagusla...bole kongsi2 citer kan..??

Lokasi Desaru Fruit Farm
Kami berkumpul di CIJB pada jam 8 pagi mengikut rancangan...dan bertolak kira2 jam 8:45 pagi...Lokasi pertama adalah Desaru Fruit Farm yang terletak di Sg. Cemaran yang mengambil masa kira2 90 minit dari bandar Johor Bahru.

Desaru Fruit Farm ini merupakan salah satu Taman Agro terbesar Malaysia. Memiliki pelbagai jenis tanaman bermusim dan tidak bermusim yang ditanam menggunakan pelbagai teknologi tanaman termasuk Amalan Pertanian Baik (GAP) yang menggunakan sistematik baja organik, pengairan tambahan dan penggunaan lebah sebagai pendebungaan.

Inilah rupa bunga buah 'Dragon fruit'..
Teknologi Pengurusan Perosak Bersepadu juga (IPM) menjadi amalan yang berjaya untuk pertumbuhan di sini. Amat jelas dapat dilihat ketiadaan sebarang serangga perosak seperti lalat dan juga nyamuk membiak di sini.

Ladang Desaru Fruit Farm ini direka khas dengan tarikan tambahan Galeri Pertanian yang memaparkan artifak purba pertanian, kolam yang dipenuhi dengan ikan koi hiasan, tanaman herba seperti misai kucing, sayur-sayuran dan juga cendawan serta beberapa kedai cenderahati.

Taman Herba
Desaru Fruit Farm ini juga dilengkapi dengan zoo mini yang menempatkan beberapa jenis haiwan termasuk kambing, arnab, burung merak, burung unta, monyet dan pelbagai jenis haiwan lagi.

Seronok juga ke tempat2 macam nie...byk ilmu yang bole kita pelajari. Desaru Fruit Farm ini juga amat sesuai untuk para pelajar kita membuat lawatan sambil belajar...

Setelah 'menjelajah' ke semua pelosok Desaru Fruit Farm, kami semua dijamukan dengan pelbagai hidangan tengahari yang amat menyelerakan...Ehem..!! Saat yang ku idamkan.....perot lapor weeiii...!!

Kat sini bole makan seberapa byk yg kita nak makan..tapi dilarang 'tapau'!! arggghhh..!!

Sambil2 makan...ader ler skit xtvt hiburan....antaranya...reward untuk long servis dan juga cabutan bertuah...nasib aku x berapa 'tuah'....!!

Muzium Nelayan Tanjung Balau
Lepas semua dah kenyang..kami bertolak pula ke lokasi kedua...iaitu Muzium Nelayan Tanjung Balau....jeng..jeng..jeng...!!

Lbh kurang waktu zohor kami tiba di lokasi dan disambut mesra oleh pekerja2 muzium tersebut. Beberapa penerangan diberikan sebelum kami memasuki ke dalam muzium nelayan tersebut, larangan mengambil gambar di beberapa bahagian muzium tersebut juga diterangkan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk berlaku.

Kami dibahagikan ke dalam 2 kumpulan berikutan kemampuan muzium yang tidak boleh menampung pelawat   di dalam saiz yang begitu ramai...

Muzium Nelayan Tanjung Balau ini terbahagi kepada 5 galeri. Galeri-galeri tersebut adalah Geologi, Kejora, Kapal Karam Desaru serta komunikasi dan juga Keselamatan Laut.

Sejarah Tanjung Balau

Replika kampung nelayan

Radio zaman dulu kala
Terdapat pelbagai koleksi batu2, wang, replika bot dan perahu nelayan dan tidak ketinggalan juga pelbagai jenis senjata tradisi keris...

Muzium ini amat bagus untuk dibuat lawatan bagi setiap lapisan masyarakat kerana banyak cerita2 serta maklumat2 yang tidak kita ketahui boleh diperolehi di sini. Selain itu...Muzium Nelayan Tanjung Balau ini juga dilengkapi dengan resort serta chalet yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas bagi mereka yang ingin menginap dan menjadikan salah satu lokasi percutian...

Setelah menghabiskan masa beberapa jam di dalam muzium tersebut, sekali lagi kami dijamukan dengan hidangan...makan roti jala.. dan minum air kelapa muda..!! Pehhh..!!

Setelah berehat dan solat zohor..sekitar jam 4:30 petang..kami pun bertolak semula Johor Bahru...selamat bertemu lagi...!!

Tuesday 10 January 2012

Balik Lewat

..dah 2 ari aku balik lewat kerja..ermm...penat lak rasa...maklumla....dah lama kerja x balik lewat malam...
Kalau dulu..mmg rajin balik lewat sbb kerja mmg banyak..lagipun..tempat kerja dekat jer..lebih kurang 10-15 minit dari rumah..

Tapi sekarang...perjalanan ke tempat kerja dah amek masa 30-45 minit...jauh tu...Kerja skang mmg byk..lagi pulak kerja sesorang...xder partner...xder anak buah...sume buat sendiri...sbb tu kerja tertangguh2..

Xper la..yg penting kerja sume beres..!! Besok x tau la nak balik lewat lg ker x..x boleh nak dipaksa sgt..kang lepak pulak...hik..hik...ermm..tgk keadaan la besok...Asst. Manager aku pun kene kerja malam start besok..smpi Raya Cina nanti...makin solo la aku...

Bukan aku x suka balik lewat nie...pasal kerja..aku x berapa nak kisah sgt...cuma agak letih skit la...maklumla..umor semakin meningkat...tulang makin reput...sekali sekala boleh la balik lewat..klu slalu...ermm ntahla...

Sunday 8 January 2012

Hujung Minggu

Hujung minggu biasanya mmg dok umah jer...tgk tv..kemas umah sikit2...basuh2 baju...mmg jarang gi jenjalan...
Kadang2 tu gi la umah mak..kat Plentong ngan kat Kangkar...

Klu ader permintaan nak wiring ker...br la gi buat...tu pun tgk keadaan la...klu badan x brape letih bole la layan.
Kalau dulu...hujung minggu mmg xtiv...slalu gak merayap. Tp..la ni..kureng skit...time cuti panjang barula gi jenjalan...syok skit...masa xla terhad sangat..

Skang ni..hujung minggu rasa cam sekejap sgt...tup..tap..tup..tap...dah ari ahad...esok nak keje...x puas nak berjalan2..tu yg malas nak ke mana2...hari sabtu dah kemas2 umah...hari ahad nak berehat...

Camner ngan xtvt hujung minggu korang..?? Dok umah gak ker..?? Atau memang korang suka berjalan2 hujung minggu..?? Ker...asik dok layan FB jer...borak2...Heh..heh...x kisahla apa korang buat hujung minggu..yang penting jangan buat xtvt x sihat sudah...

Ok la...nak layan tv jap...hari pun mendong jer kat Pasir Gudang...mata rasa layu la pulak..hik..hik...perot lak dah penuh ngan cekodok pisang pagi tadi...ermm...ni la lumrah xtvt hujung minggu skang...byk berehat kat umah jer...

Menawan Puncak Korbu

...tengah dok susun2 dan kemas2 fail dalam PC...tetiba terselak satu folder koleksi aku..'Menawan Puncak Korbu'..Aku pun belek2 la gambo2 yang ada tu...teringat zaman2 xtiv ngan xtvt sederhana lasak outdoor. 


Sememangnya aku minat gak ngan xtvt separa lasak nie...Trip menawan puncak Korbu nie dianjurkan oleh rakan2 sekampungku...sekitar tahun 2000 pd bulan ogos (lebih kurangla..aku pun dah x ingat sangat citer tu..). Ni la xtvt mendaki aku yang pertama setelah aku tamat pengajian di salah sebuah instiusi pengajian tinggi tajaan MARA..


Mula2..rakan2 sekampung mengajak aku join diorang..tapi aku pikir byk kali, memandangkan baru jer kerja dan nak kene cuti lbh kurang 5 hari...Yer la..takut2 gak klu cuti x lulus..pastu..cuti lak byk abis kat situ..Bila ambil masa nak pikir..kengkawan mulala mengutuk...memacam...adusss..!! Tamparan dan cabaran yang hebat..!!


Nak dijadikan citer...aku pun try mohon nak cuti 5 hari..memandangkan masa aku kerja pun  x pernah amek cuti...Boss pun tanya memacam..naper nak cuti..nak pegi mana...sbb tmpt kerja aku...pekerjanya mmg x ramai...lbh kurang 10 orang jer...


Pujuk punya pujuk...cuti aku pun lulus...yahoo...!! Hari tu..aku balik ngan gembira sbb cabaran kengkawan aku sume dah terjawab...!! Aku bole join diorang...


Setelah apa yang dirancangkan..maka masa yang ditunggu2 pun tiba..memasing kengkawan aku dah siap sedia ngan peralatan dan bekalan mendaki untuk menawan puncak Korbu. Trip menawan puncak Korbu nie telah diaturkan oleh salah seorang rakan aku selaku ketua, Mohd. Farid...dgn rakan dan kenalan dari Perak (dia nie mmg xtiv ngan xtvt macam nie..).


Aku x berapa ingat masa trip menawan puncak Korbu berapa ramai ahli dari Johor...kami join dgn group dr Perak...dan dipandu arah oleh beberapa orang guider termasuk dr Kelantan.


Memandangkan trip nie adalah trip pertama aku...persediaan yang aku buat x la berapa mantap..!! Orang lain pakai sandal ngan backpack berjenama, Deuter, Oklahoma, Lowe Alpine, Karrimor dan memacam lagi...aku lak..pakai Redwing ngan backpack ntah apa jenama ntah...(tu pun aku sakau abg. aku nyer..).


Setelah perjalanan dr Johor yang memakan masa lebih kurang 6 jam..kami pun tiba di Ipoh..lepak la kat Medan Kidd..Teringat balik masa studi kat IKM Lumut...Rajin lepak kat Medan Kidd...tgk2 gelagat manusia..termasuk aksi2 mat2 motor dengan pelbagai gaya motor..syyy...!! 


Tunggu punya tunggu...kenalan Farid dr Ipoh pun tiba...aku diperkenalkan oleh Farid kepada Cyborg (nama sebenar aku dah x ingat), selaku ketua hikers dr Perak. Sesi berbual dan beramah mesra pun bermula...Cyborg mmg kelakar orang nya...suka buat lawak...seorang yang open minded (tahan gurau dan kutukan). 


Dah abis sesi beramah mesra..kami pun menuju ke destinasi..!! Menawan Puncak Korbu..!! Perjalanan bermula dgn baik sekali pd hari tu..cuaca cerah dan berangin...Tapi..tetiba awan mula gelap...dan rintik2 hujan pun mula turun....


Aku mula dibasahi hujan...rakan2 lain yang dah memang berpengalaman dan bersedia menghadapi apa jua keadaan cuaca tampak tenang..tapi aku mula resah dan risau...Yer la...haversack diorang sume ada baju hujan...aku mana ada..!! Abisla baju2 aku basah..!! Tapi nasib baik Farid dah pesan kat aku bawak beg plastik sampah. Tu la yang menyelamatkan baju2 aku dr basah...


Sepanjang perjalanan menawan puncak Korbu, cuaca memang x menyebelahi kami...hujan sepanjang perjalanan...sehinggalah kami tiba di puncak Korbu..Kami tiba di puncak Korbu dah lewat malam..Terkeluar dr jangkaan kerana keadaan cuaca yang buruk..Walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang dihadapi..namun akhirnya kami berjaya menawan puncak Korbu..!! 


Malam tu aku tido dlm khemah pakai seluar 4 lapis, stokin 3 lapis, baju ntah bape lapis ntah...sojukkk...!! Tido lak x lena...sbb x tahan asik nak buang air kecik jerr..


Esoknya aku plan nak bangun pepagi, nak tengok matahari naik atas puncak..hampeh..!! Semuanya terlewat bangun..!! Matahari dah timbul br aku sedar..Tapi sempat gak la tgk pergerakkan matahari tu naik...hebatnya kuasa Allah..!!


Puncak Korbu mmg sejuk. Aku x tau bape degree suhu kat situ...bayangkan..klu minyak masak dlm botol tu beku mcm marjerin smpi tengahari...Dah tengahari pun aku x terasa bahang matahari..cuma tau2..kulit dah pun sunburn..


Kami semua stay kat puncak Korbu smpi tengahari...lepas makan semua bergerak turun kembali...time balik..cuaca mmg cerah...perjalan lbh cepat dari mendaki..


Walaupun persediaan yang aku buat untuk pertama kali x la mantap mana...tapi aku bangga..!! Sebab berjaya menawan puncak Korbu..!! Aku mmg teruja sangat dgn keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa...sungguh indah..!! Bayangkan klu kita jumpa lipan kat umah cuma sepanjang 3 inci jer...tapi kat sini aku jumpa hampir 2 jengkal...dah la tu...badan lebar sebesar ibu jari...warna merah menyala lagi...(sayang x dpt snap gambo..sbb time jumpa tu ujan teramat lebat..).


Xpdc pertama menawan puncak Korbu telah berjaya...walaupun badan mula sakit2...dan melecet sikit kat pinggang...(backpack murahan..hik..hik..)..Balik JB..aku demam 5 hari..sbb x buat persediaan stamina yang lengkap...badan overloaded..!! Tu la pengalaman pertama menawan puncak Korbu...!!


Kat sini aku postkan sikit beberapa slide untuk tatapan korang sume.....Hah..korang tgk la sendiri nti yerr...http://tripwow.tripadvisor.com/tripwow/ta-03e1-b5c8-73ec?ln












Saturday 7 January 2012

Salam kenalan 2012

Salam sejahtera semua...


Skang dah pun masuk tahun 2012. Salam kenalan 2012..!! Kepada yang dah pun mengenali saya, selamat bertemu lagi dalam blog terbaru saya, achik gee. Bukanla sebuah blog 100% peribadi, tetapi blog yang akan menjadi coretan semasa. Itupun jika ada kelapangan...


Ok..bg yang baru membaca ataupun baru nak mengenali saya, di sini, saya menceritakan serba sedikit mengenai diri saya...(sikit jer tau..).


Saya merupakan anak kelahiran Johor. Memang pure JOHOREAN..!! Anak keempat dari lima beradik. Blog ni pun dinamakan achik gee, sempena gelaran yang dipanggil oleh anak2 sedara saya..Saya juga mempunyai sedara kembar perempuan yang masih lagi single-mingle...ehemm..!! Ada yang berkenan ker..?? Heh..heh...


Mendapat didikan pertama (taska) di Lumut, Perak. Emm...tentu ada yang heran kan..?? Camner sy bole sekolah di Perak?? Sedangkan sy anak jati Johor..?? Heh..heh...x pelik sebenarnya..Ayah sy merupakan seorang tentera laut. Dan pada masa tu..beliau berkhidmat di pengkalan Telok Muroh, Lumut, Perak. Jadi sy bersekolah di situ bersama2 kembar sy pada usia 6 tahun...


Setahun bersekolah di Lumut, ayah pun menamatkan perkhidmatannya. Dan kami sekeluarga pun pulang ke Johor. Dan menetap di Kampung Kangkar Tebrau. Ayah dah memang beli tanah di situ semasa sy belum lg dilahirkan..Hinggalah ke hari ini, kedua2 orang tua sy masih lg tinggal di situ..


Ok la..diringkaskan citer...sy mendapat didikan seterusnya di SKKT..dan meneruskan pendidikan di SMTJJ dan juga SMMB..Selepas tamat persekolahan, sy memohon untuk meneruskan pendidikan ditingkat yang lebih tinggi. Tp..selepas setahun menunggu baru diterima masuk ke IKM Lumut.. Ya..!! sekali lagi LUMUT..!! Di sana, sy mengambil jurusan elektrikal domestik dan industri. Dapatla sijil PW2...dan sijil IKM...


Pastu sambung lagi blajo kat BMI..yang dulu dikenali sebagai Tuas Polytech. 2 tahun kat sana dapatla HND...dalam jurusan electrical and electronis engineering..ingat nak sambung smpi degree...tp..kemampuan memaksa untuk bekerja...heh..heh...skang nie..dah pun bekerja hampir 12 tahun...x la hebat mana..tp rasa2 nya dah lebih dr 5 kompeni dah keje...hik..hik...byk lompat sbb nak upgrade cepat...


Okla..setakat nie jer dulu...skang nie pun dah dekat maghrib...nak siap2 solat...so..harap2 kan...klu korang sume sudi nak berkenalan dan berkongsi idea tentang blog ker...bisnes ker...bolela email atau komen kat blog sy nie...lg cantekkk klu follow atau pun subcribe ker...senang sy nak tracking n keep in touch with korang sume...(buke paksoae..)..wassalam...


* klu korang dah baca blog nie smpi abis...cuba teka bape umoq aku skang..??? hah..jawak jange dok jawak..!! tulih korang nyer tekaan kat bawah nuu...hik..hikk...cepu mas nie...