Pages

Subscribe:
Premium Blog Templates

Saturday 18 February 2012

CIJB Trip

Salam semua...

Lama gak x update blog nie...maklumla..sibuk cari idea untuk blog-blog yang lain..Lagipun..keje pun byk skang nie...tu yang sibuk sikit..

Ahli2 rombongan Group C
Hah...kali nie nak citer skit la pasal trip yang dianjurkan oleh sykt tmpt aku keje skang nie...sbb tu tajuk kali nie CIJB trip...

CIJB trip nie sebenarnya dianjurkan oleh pihak majikan kami sendiri sebagai menggantikan 'annual dinner'. Bukan apa...asik dinner jer...joget..nyanyi...lawak jenaka...dah common sgt dah agenda tu...Apa salahnya buat lain skit kan...

CIJB trip nie...adalah agenda mesra pekerja yang menjadi agenda pembuka tirai 2012...CIJB trip yang telah dirancangkan pada 28 Jan lalu merupakan suatu trip lawatan dan 'makan angin'...saja jenjalan..asik keje jer kan...

Trip kali ini adalah lawatan ke Desaru Fruit Farm dan juga Muzium Nelayan Tanjung Balau.. Ada sesapa yang dah ke sana ker..?? Klu dah bagusla...bole kongsi2 citer kan..??

Lokasi Desaru Fruit Farm
Kami berkumpul di CIJB pada jam 8 pagi mengikut rancangan...dan bertolak kira2 jam 8:45 pagi...Lokasi pertama adalah Desaru Fruit Farm yang terletak di Sg. Cemaran yang mengambil masa kira2 90 minit dari bandar Johor Bahru.

Desaru Fruit Farm ini merupakan salah satu Taman Agro terbesar Malaysia. Memiliki pelbagai jenis tanaman bermusim dan tidak bermusim yang ditanam menggunakan pelbagai teknologi tanaman termasuk Amalan Pertanian Baik (GAP) yang menggunakan sistematik baja organik, pengairan tambahan dan penggunaan lebah sebagai pendebungaan.

Inilah rupa bunga buah 'Dragon fruit'..
Teknologi Pengurusan Perosak Bersepadu juga (IPM) menjadi amalan yang berjaya untuk pertumbuhan di sini. Amat jelas dapat dilihat ketiadaan sebarang serangga perosak seperti lalat dan juga nyamuk membiak di sini.

Ladang Desaru Fruit Farm ini direka khas dengan tarikan tambahan Galeri Pertanian yang memaparkan artifak purba pertanian, kolam yang dipenuhi dengan ikan koi hiasan, tanaman herba seperti misai kucing, sayur-sayuran dan juga cendawan serta beberapa kedai cenderahati.

Taman Herba
Desaru Fruit Farm ini juga dilengkapi dengan zoo mini yang menempatkan beberapa jenis haiwan termasuk kambing, arnab, burung merak, burung unta, monyet dan pelbagai jenis haiwan lagi.

Seronok juga ke tempat2 macam nie...byk ilmu yang bole kita pelajari. Desaru Fruit Farm ini juga amat sesuai untuk para pelajar kita membuat lawatan sambil belajar...

Setelah 'menjelajah' ke semua pelosok Desaru Fruit Farm, kami semua dijamukan dengan pelbagai hidangan tengahari yang amat menyelerakan...Ehem..!! Saat yang ku idamkan.....perot lapor weeiii...!!

Kat sini bole makan seberapa byk yg kita nak makan..tapi dilarang 'tapau'!! arggghhh..!!

Sambil2 makan...ader ler skit xtvt hiburan....antaranya...reward untuk long servis dan juga cabutan bertuah...nasib aku x berapa 'tuah'....!!

Muzium Nelayan Tanjung Balau
Lepas semua dah kenyang..kami bertolak pula ke lokasi kedua...iaitu Muzium Nelayan Tanjung Balau....jeng..jeng..jeng...!!

Lbh kurang waktu zohor kami tiba di lokasi dan disambut mesra oleh pekerja2 muzium tersebut. Beberapa penerangan diberikan sebelum kami memasuki ke dalam muzium nelayan tersebut, larangan mengambil gambar di beberapa bahagian muzium tersebut juga diterangkan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk berlaku.

Kami dibahagikan ke dalam 2 kumpulan berikutan kemampuan muzium yang tidak boleh menampung pelawat   di dalam saiz yang begitu ramai...

Muzium Nelayan Tanjung Balau ini terbahagi kepada 5 galeri. Galeri-galeri tersebut adalah Geologi, Kejora, Kapal Karam Desaru serta komunikasi dan juga Keselamatan Laut.

Sejarah Tanjung Balau

Replika kampung nelayan

Radio zaman dulu kala
Terdapat pelbagai koleksi batu2, wang, replika bot dan perahu nelayan dan tidak ketinggalan juga pelbagai jenis senjata tradisi keris...

Muzium ini amat bagus untuk dibuat lawatan bagi setiap lapisan masyarakat kerana banyak cerita2 serta maklumat2 yang tidak kita ketahui boleh diperolehi di sini. Selain itu...Muzium Nelayan Tanjung Balau ini juga dilengkapi dengan resort serta chalet yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas bagi mereka yang ingin menginap dan menjadikan salah satu lokasi percutian...

Setelah menghabiskan masa beberapa jam di dalam muzium tersebut, sekali lagi kami dijamukan dengan hidangan...makan roti jala.. dan minum air kelapa muda..!! Pehhh..!!

Setelah berehat dan solat zohor..sekitar jam 4:30 petang..kami pun bertolak semula Johor Bahru...selamat bertemu lagi...!!